Saturday, January 25, 2014

Buat dengan Hati Buat dengan Iman... :)








Bahannya : (loyang 9" x 4.5" x 4.5")


Kek Velvet Kukus pelangi 
5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder 
(diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam 
125 ml minyak jagung







perisa dan pewarna : 

coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
pes pandan / pandan emulco
pes blueberi + pewarna ungu
pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
perisa esen vanilla



Caranya : 





Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. 
Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. 
Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 
2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee 
Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. 
Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). 
Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.





















No comments:

Post a Comment